JOHOR BAHRU, 13 Februari 2018 – Seramai 25 orang peserta yang terdiri dari wakil program Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina UTM (7 pelajar dan 1 pensyarah pengiring) dan Faculty of Architecture and Planning (FAP), National University of Civil Engineering (NUCE) dari Hanoi, Vietnam (15 pelajar dan 2 pensyarah pengiring) telah telah menyertai program UTM Summer School – Malaysia Heritage Walks & Town Trails 2018. Program UTM Summer School anjuran Fakulti Alam Bina UTM (FAB UTM) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW) ini merupakan edisi kali ke-5 bersama pihak NUCE dan yang pertama selepas Perjanjian Persefahaman (MoU) ditandatangani pada Oktober 2017 antara kedua-dua institusi pengajian. Program ini diketuai oleh Dr. Noor Aimran Samsudin, Pensyarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah UTM selaku pengarah program. Matlamat utama program ini adalah untuk memperkenalkan usaha pemeliharaan bandar dari perspektif bidang perancangan bandar s...