Skip to main content

Program Qasih’12 Jabatan Ukur Bahan

 
 
Program QS-Bina Kembali Ke Pangkuan (QaSih ’12) merupakan satu platform untuk sesi perjumpaan semula para Alumni Ukur Bahan & Pembinaan serta mempereratkan lagi silaturrahim para mahasiswa Ukur Bahan & Pembinaan UTM dengan para Alumni Ukur Bahan & Pembinaan UTM. Jabatan Ukur Bahan, menyedari akan kepentingan memperkukuhkan  hubungan antara Alumni dengan UTM untuk membantu meningkatkan kecemerlangan UTM sebagai universiti terulung. Program ini juga bertujuan untuk platform mengumpul dana daripada para alumni untuk memperkasakan tabung Endownment untuk pembangunan mahasiswa Ukur Bahan & Pembinaan. Pelbagai aktiviti akan diadakan dan para mahasiswa bukan sahaja dapat mengenali para pensyarah dan alumni dengan lebih akrab, malah dapat mewujudkan semangat yang tinggi untuk mencontohi dan mencapai kejayaan profesional yang membanggakan.

Program ini akan berlansung dari 25 hingga 27 Mei 2012 bertempat di Fakulti Alam Bina. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya adalah sukaneka, Seminar CCD, Kenduri Sekampung, Pertandingan Golf serta bnyak lagi. Aktiviti kemuncak bagi program ini adalah majlis makan malam alumni yang akan diadakan pada 26 Mei 2012 pada jam 8.00 malam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Perasmian Projek Inovasi Kreatif ICC

Gambar

Penyerahan Kunci Bilik Audio Visual, FAB

Gambar

International Sustainable Urban Infrastructure Seminar

The Logistics and Transportation Research Group, Centre for Innovative Planning and Development (CiPD), Faculty of Built Environment, organised a one-day International Sustainable Urban Infrastructure Seminar on 25 th  February 2016 at the Convention Hall, Faculty of Built Environment, UTM, Johor Bahru.  The seminar which was officiated by the Dean of the Faculty, Associate Professor Dr. Roslan Amiruddin is a joint collaboration between CiPD and the Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, UTM.  Read more... More photos...