Skip to main content

UTM Cipta Pengimbas Boleh Kesan Keaslian Sijil Akademik


AZLINA OTHMAN
13 September 2012

SKUDAI – Sebuah perisian baru dibangunkan bagi mengesan ketulenan ijazah oleh Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pengimbas yang diberi nama Imbas Pembaca itu merupakan sebuah sistem untuk mengesahkan identiti sekali gus dapat mengetahui sijil tersebut sah atau sebaliknya.

Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah UTM, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein berkata, peralatan itu juga akan digunakan graduan UTM pada majlis konvokesyen institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan Oktober, nanti.
Katanya, peralatan itu dilihat bukan hanya untuk kegunaan di IPT semata-mata, malah ia bermanfaat bagi majikan atau bahagian sumber manusia untuk mengetahui graduan yang diambil bekerja menggunakan sijil yang sah atau palsu.

“Ini juga dapat menjimatkan masa kerana sebelum ini, mereka perlu menghubungi universiti untuk mendapatkan pengesahan sama ada graduan yang diambil bekerja merupakan bekas graduan daripada universiti tersebut.

“Oleh itu, setiap sijil akan dilengkapi dengan bar kod unik dan tersendiri yang menggunakan teknologi AES-128 dan perlu diimbas menerusi perisian yang dimuat turun secara percuma dari laman web yang sedang dibangunkan, www.imbas.my.

“Sistem yang pertama kali dibangunkan di Malaysia ini juga dapat digunakan untuk sijil-sijil lain. Kami tidak menjual sistem ini tetapi mana-mana IPT lain yang berminat memilikinya perlu membayar harga lesennya sahaja dan kosnya belum ditetapkan buat masa ini,” katanya kepada media, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Muhammad Zaly Shah turut memperkenalkan satu lagi ciptaannya yang merupakan inovasi terkini dikenali sebagai pengesahan halal dan boleh diakses menerusi telefon pintar pengguna bagi memudahkan umat Islam mencari produk halal di negara ini.

Menurutnya, menerusi perisian tersebut, ia bukan sekadar dapat mengesan status sesuatu produk sama ada halal, meragukan atau tidak halal, bahkan turut dapat mengetahui maklumat berkaitan produk berkenaan.
“Pengesanan dibuat menggunakan kod bar atau kod Quick Response (Qr) pada sijil pengesahan setiap produk pada data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Apabila pengguna membuat imbasan di premis atau pada bungkusan produk, akan ada tiga paparan warna.

“Sekiranya rekod sijil itu sah, paparan akan berwarna hijau dan jika paparan berwarna kuning itu bermaksud bukan produk haram sebaliknya mungkin tarikh luput sijil halalnya sudah luput dan sekiranya paparan berwarna merah menunjukkan sijil halal telah ditarik balik.
“UTM merancang berbincang dengan Labuan Halal Hab Sdn Bhd bagi mewujudkan kod Qr pada setiap produk halal yang dikeluarkan. Perisian ini boleh diperolehi secara percuma dan mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan dengan kos RM12,000 dan dijangka dapat digunakan awal tahun hadapan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

News from FAB website

Comments

Popular posts from this blog

International Exchange Workshop of Architecture and Urban Landscape Design 2015

The delegates from Shibaura Institute of Technology (SIT), Japan and Department of Landscape Architecture, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. The 1st International Exchange Workshop of Architecture and Urban Landscape Design were conducted on 4 – 11 th September 2015 between Shibaura Institute of Technology (SIT), Japan and Department of Landscape Architecture, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) in Johor. The workshop was participated by 9 students from third year architecture in SIT and also by 10 students from third year landscape architecture, UTM. The topic that been addressed for the studio’s project was ‘Regeneration of the old town Johor Bahru’. Read more...

36 Thailand Architectural Lecturers and Students joined UTM hosted International Architecture Collaboration Workshop 2014

JOHOR BAHRU, 27 October 2014 – The International Architecture Collaboration Workshop 2014 was organized through the collaboration between the Faculty of Built Environment of Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Faculty of Architecture Rangsit University and Rajamangala University of Technology Thayaburi (RUTT), Thailand. The workshop was held at the Seminar Room, Centre for the Study of Built Environment in the Malay World (KALAM), Faculty of Built Environment, Johor Bahru campus. Programme Coordinator, Dr. Alice Sabrina Ismail said that the aim of this workshop was to enhance Malaysia and Thailand relations, through architecture and culture under the theme “Water senses – finding Iconic Architecture”. “The objectives of this workshop were to establish networking and build mutual relationship with academicians and students, in addition to promoting academicians and students mobility with prominent institutions in the South East Asia Region.” “Through this programme, ...

Penyerahan Kunci Bilik Audio Visual, FAB

Gambar