Skip to main content

Ahli Akademik Bincang Hala Tuju Perbandaraan Bercirikan Asia

Kredit Foto: TV Selatan

JOHOR BAHRU, 13 Ogos — Seramai 250 ahli akademik, penyelidik serta pakar tempatan dan antarabangsa dalam bidang perancangan bandar dan profesion berkaitan akan bersama-sama membincangkan hala tuju masa depan perbandaran yang bercirikan Asia.
Perbincangan berkenaan diadakan menerusi Kongres Antarabangsa Persatuan Perancangan Sekolah Asia (APSA) 2015 yang kini sedang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, hingga 14 Ogos.
Naib Canselor UTM, Prof Dr. Ir. Wahid Omar berkata perancangan bandar perlu diteliti dengan baik agar memberi kesan yang positif kepada penduduk setempat.
Beliau turut memberi contoh kawasan di Nusajaya mempunyai perancangan bandar strategik yang turut melibatkan pihak UTM untuk membangunkannya.

Comments

Popular posts from this blog

Penyerahan Kunci Bilik Audio Visual, FAB

Gambar

Perasmian Projek Inovasi Kreatif ICC

Gambar

Malis Pelancaran Buku “Exploring the Cultural Landscape of Johor”

Malis Pelancaran Buku “Exploring the Cultural Landscape of Johor” yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin pada 26 Mac 2018 bertempat di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru. Gambar