Skip to main content

Pelajar Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah, Fakulti Alam Bina Memenangi Tempat Kedua Dalam Pertandingan Reka Bentuk Medan PMINT – Medan Expresi Rakyat

pmint-2
Penyampaian hadiah berupa sijil serta cek bernilai RM 7,500.00 yang telah di sampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Osman bin Muda kepada pelajar Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, FAB

Sekumpulan pelajar Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina, UTM telah memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Reka Bentuk Medan PMINT dengan berkonsepkan “Medan Ekspresi Rakyat” yang telah diadakan pada 6 Mei 2015 anjuran Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Kumpulan pelajar tersebut terdiri daripada lima (5) orang iaitu Muhamad Redzuan, Safwan Shaari, Azalia Abdul Yusof, Efariza Abdul Hamid dan Farah Nurizzati Mohd Zaki.  Pertandingan yang turut disertai oleh beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia bertujuan untuk mengumpulkan idea satu reka bentuk medan bandar yang berkualiti, responsif terhadap pengguna, inovatif serta mampan dari kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Comments

Popular posts from this blog

Penyerahan Kunci Bilik Audio Visual, FAB

Gambar

Perasmian Projek Inovasi Kreatif ICC

Gambar

Malis Pelancaran Buku “Exploring the Cultural Landscape of Johor”

Malis Pelancaran Buku “Exploring the Cultural Landscape of Johor” yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin pada 26 Mac 2018 bertempat di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru. Gambar