AZLINA OTHMAN 13 September 2012 SKUDAI – Sebuah perisian baru dibangunkan bagi mengesan ketulenan ijazah oleh Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pengimbas yang diberi nama Imbas Pembaca itu merupakan sebuah sistem untuk mengesahkan identiti sekali gus dapat mengetahui sijil tersebut sah atau sebaliknya. Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah UTM, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein berkata, peralatan itu juga akan digunakan graduan UTM pada majlis konvokesyen institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan Oktober, nanti. Katanya, peralatan itu dilihat bukan hanya untuk kegunaan di IPT semata-mata, malah ia bermanfaat bagi majikan atau bahagian sumber manusia untuk mengetahui graduan yang diambil bekerja menggunakan sijil yang sah atau palsu. “Ini juga dapat menjimatkan masa kerana sebelum ini, mereka perlu menghubungi universiti untuk mendapatkan peng...