Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

357 mahasiswa senibina sertai NEON’ 17

JOHOR BAHRU , 19 Ogos 2017 – Seramai 357 orang mahasiswa jurusan senibina dari seluruh negara telah menyertai  The 29th Annual Architectural Student Workshop  (NEON) 2017 yang dianjurkan oleh Fakulti Alam Bina dengan kerjasama Persatuan Arkitek Malaysia (PAM). Program itu dirasmikan oleh Presiden Persatuan Arkitek Malaysia (PAM), Ar. Ezumi Harzani Ismail bertempat di Dewan Sultan Iskandar. Pengarah Program, Ahmad Haziq Kamarudin berkata, matlamat utama program itu untuk mengumpulkan mahasiswa jurusan senibina dari seluruh negara bagi membolehkan mereka bertukar-tukar idea serta mendapat informasi terkini mengenai bidang senibina. “Antara aktiviti yang dijalankan adalah Jelajah Bandaraya Johor Bahru dengan usahasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Bicarawara Sungai Segget dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA). “Selain itu, Pertandingan Perabot Awam (Street Furniture) Sungai Segget dengan kerjasama ThinkCity, sebuah Badan Bukan Kerajaa

10 reka bentuk landskap Sungai Segget

ISMAIL (tengah) bersama sebahagian pelajar melihat model plan pembangunan Sungai Segget, ketika program lawatan sempena Bengkel Senibina NEON Ke-29 dan Forum Segget Greatest yang dianjurkan UTM, di Johor Bahru. – Foto Mohd Azren Jamaludin (Berita Harian) JOHOR BAHRU: Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) menyenaraikan 10 reka bentuk landskap hasil ciptaan universiti tempatan dan luar negara untuk pertimbangan pilihan landskap Projek Pemulihan Sungai Segget di sini. Ketua Eksekutif IRDA, Datuk Ismail Ibrahim, berkata reka bentuk terbaik yang menampilkan elemen dinamik dan mampu memenuhi cita rasa masyarakat masa kini akan diterapkan dalam pelan landskap IRDA yang akan dilaksanakan pada fasa ketiga projek berkenaan. Katanya, IRDA sentiasa mengalu-alukan pandangan awam berhubung landskap dan kerja pengindahan Sungai Segget yang dijangka dimulakan akhir tahun ini. “IRDA akan bekerjasama dengan pelajar universiti dan masyarakat setempat untuk mengindahkan semula Sun

The 29th Annual Architectural Student Workshop (NEON) 2017

More photos

RM150 ribu dikumpul untuk Kembara Lestari Komuniti Kemboja 2017

JOHOR BAHRU, 17 Ogos 2017 – Sebanyak RM150 ribu berjaya dikumpulkan menerusi sumbangan warga kampus, pertubuhan, persatuan dan individu dari dalam dan  luar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menjayakan Program Kembara Lestari Komuniti Kemboja 2017. Antara sumbangan yang diterima adalah daripada rakan strategik EM Malaysia Group, Sekolah Agama Rakyat Sri Seremban dan Pejabat Alumni UTM, Alumni Sekolah Alam Shah dan PERTISAS. Naib Canselor Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar berkata, Program Kembara Lestari Komuniti Kemboja adalah antara inisiatif UTM untuk berkongsi kepakaran bagi membantu masyarakat di dalam dan luar negara. Sumber

Majlis Perasmian Galeri Alam Bina

More photos

Lawatan Audit Pematuhan Program Pasca Siswazah 2017

More photos