Skip to main content

UTM Rangkul Tiga Anugerah

Oleh Prof. Madya Zakaria Yusof
2011/04/18

SERAMAI 34 mahasiswa Sarjana Muda Ukur Bahan dan Sarjana Muda Sains Pembinaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru menyertai persidangan tahunan "International Surveying Conference for Undergraduates", kelolaan Universiti Sains Malaysia, berlangsung di Thailand, baru-baru ini.
Persidangan tahunan anjuran bersama The Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS, UK) dan Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) itu bertujuan memperkukuhkan jaringan pelajar di rantai Asia.
Program bertemakan “Surveyors of the Future: The Challanges of Change” diharap menjadi pemangkin kepada usaha meningkatkan interaksi dan bertukar hasil penyelidikan dan pengalaman peserta.
Antara universiti yang menghantar penyertaan ialah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Universiti Taylor’s, Hong Kong Polytechnic University (Hong Kong), Chongqing University (China), Huazhong University of Science and Technology (China), Assumption University of Thailand dan Thammasat University (Thailand).

Sebanyak 18 kertas kerja dibentangkan pada lima sidang selari. Lima kertas kerja disampaikan wakil industri iaitu daripada Sr Datuk Mani Usilappan (RICS), Professor Mike Riley (Liverpool John Moores University, United Kingdom (UK)), Professor Roger Flanagan (University of Reading, UK), Sr Ahmad Suhaimi Abdul Majid (RICS) and Sr Dr Adi Irfan Che Ani (ISM).

Pada persidangan kali ini, UTM diwakili empat pelajar tahun akhir Sarjana Muda Ukur Bahan iaitu: Chong Yaw Fatt, Nur Farah Farhana Rasid, Tan Choon Boon dan Joanna Tay Yuan Ju.
Masing-masing membentangkan kertas kerja hasil projek penyelidikan prasiswazah mereka. UTM memenangi tiga daripada lima anugerah “Anugerah Pembentang Terbaik”.
Joanna diumumkan sebagai pemenang “Special Mention Paper Award” dengan kertas kerja bertajuk “Anticipating Issues Concerning Disputes in Statuotary Adjudication under Construction Industry Payment and Adjudication Act (CIPAA) in Malaysia”.


Sumber Berita Harian

More News from Fakulti Alam Bina

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelajar UTM Mendominasi Pertandingan Akhir Analisis Senario Habitat 2017 Peringkat IPTA

JOHOR BAHRU, 29 Oktober 2017 – Kumpulan Pelajar Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah membolot kesemua hadiah dalam Pertandingan Akhir Analisis Senario Habitat 2017 Peringkat IPTA anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga. Baca selanjutnya... 

Mesyuarat Fakulti Dekan & Staf Bukan Akedemik 3 September 2012

More photos...

Selamat Datang ke Blog Rasmi Fakulti Alam Bina, UTM Johor