Skip to main content

400 Penuntut 'terangi' Johor Bahru

Oleh NURUL HUDA HASSAN
2011/06/22

JOHOR BAHRU 21 Jun - Lebih 400 penuntut daripada 21 institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara menyertai Bengkel Seni Bina Ke-23 anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, baru-baru ini.
Bengkel tahunan dikenali sebagai 'Terang' dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) itu diadakan bagi menjayakan projek mahasiswa tahun akhir jurusan seni bina.
Pengarah Projek, Teh Boon Soon berkata, pelbagai aktiviti termasuk mengenali tempat menarik di negeri ini disediakan sekali gus membolehkan peserta terlibat mampu membina kreativiti dalam usaha melahirkan lapisan arkitek berkualiti.
"Antara program ialah pameran lukisan hasil karya pelajar IPT iaitu 20 lukisan menggunakan cat minyak dan air dipamerkan di Laman Tun Sri Lanang dan 20 arca di Plaza Seni Jalan Wong Ah Fook," katanya.
Beliau berkata, peserta turut dibawa mengunjungi Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan di sini bagi menjejaki laluan bersejarah yang menjadi mercu tanda pelbagai pembangunan di negeri ini.
Selain menyelesaikan tugasan berkumpulan dengan menjejaki 11 hentian yang dimulakan di Bukit Timbalan menyusuri Jalan Dhoby, Jalan Tan Hiok Nee, Persiaran Tun Sri Lanang, Legaran Segget, Balai Polis Lama, Persiaran Meldrum, Stesen Keretapi Lama, City Square dan berakhir di Plaza Seni.
Seorang penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur yang berasal dari Kedah, Tan Jun Hong, 19, mengakui teruja kerana dapat mengenali lebih ramai rakan daripada IPT lain.
"Saya juga kagum dengan pelbagai rekaan seni bina beberapa bangunan lama di negeri ini sekali gus ia memberi pengalaman menarik," katanya.
Pendapat sama turut disuarakan dua penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Selamah Pazalo Rahman, 19, dan Nurhafizah Mohd., 20, yang gembira kerana berpeluang bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan lain.
Malah, mereka yang merupakan sahabat baik juga teruja menjayakan pelbagai aktiviti yang diaturkan sepanjang program tersebut selain berpeluang menimba pengalaman baru.
"Kami sangat gembira kerana berpeluang menyertai program ini. Ini kali pertama kami mengikuti aktiviti yang melibatkan penuntut jurusan sama melibatkan pelbagai IPT dan ia memberi pengalaman menarik," katanya.


Sumber Utusan Malaysia Online

More News from Fakulti Alam Bina

Comments

Popular posts from this blog

International Exchange Workshop of Architecture and Urban Landscape Design 2015

The delegates from Shibaura Institute of Technology (SIT), Japan and Department of Landscape Architecture, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. The 1st International Exchange Workshop of Architecture and Urban Landscape Design were conducted on 4 – 11 th September 2015 between Shibaura Institute of Technology (SIT), Japan and Department of Landscape Architecture, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) in Johor. The workshop was participated by 9 students from third year architecture in SIT and also by 10 students from third year landscape architecture, UTM. The topic that been addressed for the studio’s project was ‘Regeneration of the old town Johor Bahru’. Read more...

Penyerahan Kunci Bilik Audio Visual, FAB

Gambar

Department of Landscape Architecture CSR program

Department of Landscape Architecture CSR program with Form Five students from Sekolah Menengah Kayu Ara Pasong at Mukim Api Api, Pontian. Ten students from SBEL1414 and Dr Ismail Said conducted the motivational field program with 29 school children and assisted by Penghulu Mukim Api Api, Mohammad Ali. The program was held at Tanjung Piai National Park on 17 March 2017 from 8:00am to 12:00 pm