Skip to main content

Pelajar UTM menang 2011

 Pelajar yang memenangi pertandingan bergambar bersama hadiah masing-masing.


JOHOR BAHRU: Pelajar tahun akhir senibina, Fakulti Alam Bina, Tan Choon Wah memenangi Anugerah Rekabentuk Pelajar Senibina 2011 (ASDA 2011) anjuran UAC Berhad, 2 Disember lalu.

Beliau memenangi hadiah bagi Kategori B untuk pelajar tahun lima dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 menewaskan Lee Jian Zhou daripada Universiti Lim Kok Wing dan Muhammad Taufik Abdul Wahab dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Hasil rekabentuk pelajar diadili berdasarkan kepada beberapa kriteria antaranya kreativiti dan keaslian rekabentuk, prinsip bangunan hijau dan rekabentuk yang selaras dengan tema. Pertandingan itu disertai oleh pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Univesiti Lim Kok Wing.

Hasil lukisan senibina peserta dinilai oleh panel hakim profesional yang terdiri daripada pemaju Mutiara Damansara Dato’ Ghazali Mohd. Ali, arkitek ternama daripada MAA Arkitek Sdn. Bhd,Tuan Hj. Ar. Sharuddin Md. Yunos, Ar Dr. Tan Loke Mun dari ArchiCentre Sdn. Bhd dan Ar. David Tan dari Harley Consult.

Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan UAC Koo Hock Fee.




Comments

Popular posts from this blog

International Exchange Workshop of Architecture and Urban Landscape Design 2015

The delegates from Shibaura Institute of Technology (SIT), Japan and Department of Landscape Architecture, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. The 1st International Exchange Workshop of Architecture and Urban Landscape Design were conducted on 4 – 11 th September 2015 between Shibaura Institute of Technology (SIT), Japan and Department of Landscape Architecture, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) in Johor. The workshop was participated by 9 students from third year architecture in SIT and also by 10 students from third year landscape architecture, UTM. The topic that been addressed for the studio’s project was ‘Regeneration of the old town Johor Bahru’. Read more...

Penyerahan Kunci Bilik Audio Visual, FAB

Gambar

Department of Landscape Architecture CSR program

Department of Landscape Architecture CSR program with Form Five students from Sekolah Menengah Kayu Ara Pasong at Mukim Api Api, Pontian. Ten students from SBEL1414 and Dr Ismail Said conducted the motivational field program with 29 school children and assisted by Penghulu Mukim Api Api, Mohammad Ali. The program was held at Tanjung Piai National Park on 17 March 2017 from 8:00am to 12:00 pm