KUALA LUMPUR, 4 Mac – Majlis Makan Malam dan Penghargaan Pertandingan GreenTech House Competition 2011 (GTH 2011) telah berjaya disempurnakan oleh Y.B Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia dan turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang, Naib Canselor UTM serta pegawai-pegawai kanan UTM. Pertandingan tersebut diadakan bersempena dengan Seminar ‘ Biorenewable Sustainable House Design’ yang telah dianjurkan pada 3 hingga 4 Oktober 2011. GTH 2011 merupakan anjuran Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) dengan kerjasama Fakulti Alam Bina (FAB) dan BE-Basic, sebuah konsortium awam-swasta dari Netherlands. Selain itu, GTH 2011 telah mendapat sokongan daripada Malaysian Commonwealth Studies Centre (MCSC) dan Cambridge Malaysian Education and Development Trust (CMEDT) serta ditaja oleh The Youth Trust Foundation (Myharapan). Pertandingan tersebut buat julung kalinya diadakan merupakan satu konsep pertandingan baru merekabentuk rumah untuk mem...