Skip to main content

Greentech House Competition (GTH) Mempromosikan Konsep Pelestarian Dalam Rekabentuk Rumah Hijau


KUALA LUMPUR, 4 Mac – Majlis Makan Malam dan Penghargaan Pertandingan GreenTech House Competition 2011 (GTH 2011) telah berjaya disempurnakan oleh Y.B Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia dan turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang, Naib Canselor UTM serta pegawai-pegawai kanan UTM.
Pertandingan tersebut diadakan bersempena dengan Seminar ‘Biorenewable Sustainable House Design’ yang telah dianjurkan pada 3 hingga 4 Oktober 2011.
GTH 2011 merupakan anjuran Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) dengan kerjasama Fakulti Alam Bina (FAB) dan BE-Basic, sebuah konsortium awam-swasta dari Netherlands.
Selain itu, GTH 2011 telah mendapat sokongan daripada Malaysian Commonwealth Studies Centre (MCSC) dan Cambridge Malaysian Education and Development Trust (CMEDT) serta ditaja oleh The Youth Trust Foundation (Myharapan).
Pertandingan tersebut buat julung kalinya diadakan merupakan satu konsep pertandingan baru merekabentuk rumah untuk mempromosikan konsep pelestarian, penjimatan tenaga, penggunaan bahan binaan daripada sumber semulajadi dan penggunaan sumber tenaga alternatif dengan menggunakan bahan-bahan yang mempunyai nilai yang boleh diperbaharui.
Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah sebagai salah satu langkah bagi memacu semula perumahan bandar tropika yang disertai dengan infrastruktur yang lebih lestari.  Penyertaan melibatkan mahasiswa bukan sahaja dari UTM malahan dari universit lain seperti UiTM dan USM.
Tempat pertama telah diungguli oleh dua kumpulan iaitu kumpulan Zenith Team dari UTM dan USM dan juga kumpulan Superhome dari UiTM Shah Alam dengan membawa pulang hadiah bernilai RM5000. Manakala, tempat kedua pula telah dimenangi oleh kumpulan Canterra dari UTM Kuala Lumpur dan kumpulan Seven dari UTM Johor Bahru dengan hadiah bernilai RM3000.
Sementara itu, pelbagai kategori telah dipertandingkan iaitu Persembahan Poster dan Video Terbaik, Adaptasi  Paling Kreatif Terhadap Cabaran Yang Diberi, Rekabentuk Lestari Terbaik, Penggunaan Terbaik Bahan Bio-Boleh Diperbaharui, Aplikasi Kehendak Pengguna Terbaik serta Komunikasi Umum dan Laman Web Terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

International Exchange Workshop of Architecture and Urban Landscape Design 2015

The delegates from Shibaura Institute of Technology (SIT), Japan and Department of Landscape Architecture, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. The 1st International Exchange Workshop of Architecture and Urban Landscape Design were conducted on 4 – 11 th September 2015 between Shibaura Institute of Technology (SIT), Japan and Department of Landscape Architecture, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) in Johor. The workshop was participated by 9 students from third year architecture in SIT and also by 10 students from third year landscape architecture, UTM. The topic that been addressed for the studio’s project was ‘Regeneration of the old town Johor Bahru’. Read more...

Seoul International Invention Fair 2016 (SIIF2016)

Gold Prize for LOCKBLOCK (Multi-Functional, Green Interlocking Mortar-Less Concrete Block) Seoul International Invention Fair 2016 organized by the Korea Invention Promotion Association in Seoul, Korea, December 1st – December 4th, 2016 LOCKBLOCK (MULTI-FUNCTIONAL GREEN INTERLOCKING MORTARLESS CONCRETE BLOCK) LOCKBLOCK, is a new generation of mortar-less concrete blocks with specific and multi-functional engineering features. LOCKBLOCK design is unique and there is no similar shape in compare with others. Low Carbon issue, Green and Environment Friendliness and high quality IBS concept are some features of LOCKBLOCK. Congratulations Dr. Mohammadamin Azimi & team! More photos...

Penyerahan Kunci Bilik Audio Visual, FAB

Gambar