Wartawan Sinar Harian 7 Jun 2012 SRI MEDAN – Penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bukan sahaja diberi pendedahan dalam lapangan pekerjaan, malah turut didedahkan dengan beberapa aspek ilmiah lain. Dekan Fakulti Alam Bina, UTM Skudai, Prof Madya Dr Ahmad Nazri Muhammad Ludin berkata, antara yang dilakukan adalah permuafakatan dan kerjasama antara pihak akademik, iaitu pihak institusi pengajian tinggi (IPT), agensi kerajaan serta masyarakat dalam satu komuniti dalam menjayakan sesuatu yang direncanakan. “Pada kerjasama yang dilakukan ini ialah memperlihatkan pihak yang terlibat menjayakan pembangunan landskap berkualiti serta berlestari yang memberikan banyak manfaat kepada golongan sasar. “Pelajar juga dapat menunjukkan bakat terpendam mereka yang selama ini hanya ditunjukkan dalam kertas yang berbentuk idea sahaja tanpa praktikal yang sebenar. “Diharapkan pendedahan seperti ini cukup berguna dan dapat digunakan oleh mereka dengan sebaik mungkin,”...