Skip to main content

Menjayakan landskap berkualiti

Wartawan Sinar Harian
7 Jun 2012
SRI MEDAN – Penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bukan sahaja diberi pendedahan dalam lapangan pekerjaan, malah turut didedahkan dengan beberapa aspek ilmiah lain. Dekan Fakulti Alam Bina, UTM Skudai, Prof Madya Dr Ahmad Nazri Muhammad Ludin berkata, antara yang dilakukan adalah permuafakatan dan kerjasama antara pihak akademik, iaitu pihak institusi pengajian tinggi (IPT), agensi kerajaan serta masyarakat dalam satu komuniti   dalam menjayakan sesuatu yang direncanakan.
“Pada kerjasama yang dilakukan ini ialah memperlihatkan pihak yang terlibat menjayakan pembangunan landskap berkualiti serta berlestari yang memberikan banyak manfaat kepada golongan sasar. “Pelajar juga dapat menunjukkan bakat terpendam mereka yang selama ini hanya ditunjukkan dalam kertas yang berbentuk idea sahaja tanpa praktikal yang sebenar.
“Diharapkan pendedahan seperti ini cukup berguna dan dapat digunakan oleh mereka dengan sebaik mungkin,” katanya kepada Sinar Harian di Kampung Sejagong, Sri Medan, baru-baru ini. Beliau ditemui ketika hadir pada Program Kelestarian Kampung Sejagong/Sri Kepoh yang dianjurkan UTM dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) Dun Sri Medan.
Ia juga mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah Batu Pahat, Majlis Daerah Yong Peng (MDYP), Pejabat Penghulu Mukim 18 Sri Medan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sejagong/ Sri Kepoh.
Program yang disertai 50 penuntut UTM itu turut dihadiri dan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Ab Wahab Ridwan dan Ketua Kampung Sejagong, Mursidi Munasir. Menurut Ahmad Nazri lagi, program itu juga akan dapat mengekal dan mempertingkat persekitaran yang kondusif serta mampan, juga mewujudkan kerjasama yang erat di kalangan mereka.
“Ia juga dapat mentransformasikan landskap kampung kepada lebih berkualiti dan menarik. “Paling utama dalam program ini adalah menjadikan Kampung Sejagong/Sri Kepoh sebagai salah satu destinasi pelancongan kampung yang  unggul di peringkat nasional serta global,” katanya.
Sementara itu, wakil pelajar, Tan Ying Ying berkata, pendedahan itu amat berguna buat dirinya serta penuntut lain yang menyertainya. “Saya dan juga pelajar lain dapat menunjukkan bakat yang terpendam selama ini, yang sebelum  ini hanya kami tunjukkan secara teori sahaja di dalam kelas,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Comments

Popular posts from this blog

International Exchange Workshop of Architecture and Urban Landscape Design 2015

The delegates from Shibaura Institute of Technology (SIT), Japan and Department of Landscape Architecture, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. The 1st International Exchange Workshop of Architecture and Urban Landscape Design were conducted on 4 – 11 th September 2015 between Shibaura Institute of Technology (SIT), Japan and Department of Landscape Architecture, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) in Johor. The workshop was participated by 9 students from third year architecture in SIT and also by 10 students from third year landscape architecture, UTM. The topic that been addressed for the studio’s project was ‘Regeneration of the old town Johor Bahru’. Read more...

Seoul International Invention Fair 2016 (SIIF2016)

Gold Prize for LOCKBLOCK (Multi-Functional, Green Interlocking Mortar-Less Concrete Block) Seoul International Invention Fair 2016 organized by the Korea Invention Promotion Association in Seoul, Korea, December 1st – December 4th, 2016 LOCKBLOCK (MULTI-FUNCTIONAL GREEN INTERLOCKING MORTARLESS CONCRETE BLOCK) LOCKBLOCK, is a new generation of mortar-less concrete blocks with specific and multi-functional engineering features. LOCKBLOCK design is unique and there is no similar shape in compare with others. Low Carbon issue, Green and Environment Friendliness and high quality IBS concept are some features of LOCKBLOCK. Congratulations Dr. Mohammadamin Azimi & team! More photos...

Penyerahan Kunci Bilik Audio Visual, FAB

Gambar