Skip to main content

Kerjasama MPPG-UTM bangunkan taman komuniti lestari

Hasrin Kamal Hashim (dua dari kiri) dan Roslan Amirudin (dua dari
Hasrin Kamal Hashim (dua dari kiri) dan Roslan Amirudin (dua dari kanan) menunjukan dokumen selepas menandatangani penjanjian antara MPPG dan UTM di Menara Aqabah Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam. utusan/ BAZLAN IBRAHIM

PASIR GUDANG 5 Jan. – Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi membangunkan taman komuniti lestari di kawasan pentadbirannya.
Yang Dipertua MPPG, Hasrin Kamal Hashim berkata, perjanjian itu bertujuan untuk merea­lisasikan hasrat pihaknya dalam membangunkan prasarana yang terbaik untuk komuniti setempat.
Beliau berkata, kerjasama ini melibatkan projek pembangunan taman-taman komuniti atau taman-taman lain yang difikirkan sesuai di sekitar kawasan perumahan dalam pentadbiran MPPG.
“Terdapat 10 buah taman komuniti yang telah dibangunkan di kawasan pentadbiran MPPG sebelum ini, melibatkan kemudahan seperti laluan jo­ging, gelanggang pelbagai guna dan taman permainan kanak-kanak.
“Selain mahu menjadikan kawasan ini mapan dan rendah karbon, kerjasama ini juga selari de­ngan hasrat menyediakan sebuah taman komuniti untuk setiap taman perumahan,” katanya pada majlis menandatangani MoA di Menara Aqabah, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Bahagian Landskap MPPG, Zanariah Kadir; Dekan Fakulti Alam Bina UTM, Prof. Dr. Roslan Amirudin dan Ketua Jabatan Senibina Landskap UTM, Prof. Madya Dr. Hasanuddin Lamit.
Sementara itu, Roslan berkata, kerjasama itu turut memberi peluang kepada pihaknya untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.
“Kerjasama ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pensyarah dan penuntut untuk bersama-sama terlibat dalam projek yang memberi manfaat kepada komuniti tempatan,” katanya.

Sumber : Utusan (6 Januari 2017)

Comments

Popular posts from this blog

Perasmian Projek Inovasi Kreatif ICC

Gambar

Penyerahan Kunci Bilik Audio Visual, FAB

Gambar

International Sustainable Urban Infrastructure Seminar

The Logistics and Transportation Research Group, Centre for Innovative Planning and Development (CiPD), Faculty of Built Environment, organised a one-day International Sustainable Urban Infrastructure Seminar on 25 th  February 2016 at the Convention Hall, Faculty of Built Environment, UTM, Johor Bahru.  The seminar which was officiated by the Dean of the Faculty, Associate Professor Dr. Roslan Amiruddin is a joint collaboration between CiPD and the Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, UTM.  Read more... More photos...