JOHOR BAHRU 29 Mei 2017 – Seramai enam orang pensyarah dan 90 orang pelajar Fakulti Pendidikan (FP), Fakulti Alam Bina (FAB) dan Kelab Astronomi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terlibat dalam Program Ekspresi Negaraku Johor Bersih 2.0. Program tersebut telah diadakan di Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah, Johor pada 19 dan 20 Mei lalu. Program itu diilham dan dicetuskan oleh inisiatif Jawatankuasa Penyelarasan Komuniti dan Jaringan Fakulti Pendidikan UTM melalui subjek Bina Insan Guru (BIG) dengan menggunakan pendekatan kolaborasi strategik dalam gagasan National Blue Ocean Strategy (NBOS). Sumber
Official blog Faculty of Built Environment (Fakulti Alam Bina), Universiti Teknologi Malaysia.