JOHOR BAHRU, 18 Oktober 2017 – Seramai 39 orang peserta yang terdiri peserta program Perancangan Bandar dan Wilayah dari Fakulti Alam Bina UTM (15 pelajar dan 1 pensyarah pengiring), Perencanaan Wilayah dan Kota (15 pelajar dan 2 pensyarah pengiring) dan Teknik Industri (5 pelajar dan 1 pensyarah pengiring) masing-masing dari Fakultas Teknik, Universitas Sebelas Maret, Surakarta, Indoensia (UNS) telah terlibat dalam program UTM Summer School-Built Environment Experiences 2017. Program UTM Summer School anjuran Fakulti Alam Bina UTM (FAB UTM) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW) dengan kerjasama Centre for Innovative Planning and Development (CiPD) ini telah disertai oleh 23 orang peserta dari Universitas Sebelas Maret, Surakarta, Indoensia (UNS) buat kali pertamanya dengan temanya “Accelerating Green Development in Asia”.
JOHOR BAHRU, 29 Oktober 2017 – Kumpulan Pelajar Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah membolot kesemua hadiah dalam Pertandingan Akhir Analisis Senario Habitat 2017 Peringkat IPTA anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga. Baca selanjutnya...
Comments
Post a Comment